Jumaat, 23 Mei 2014

RENUNGAN BERSAMA-SAMA
                                                    
                                                     


Rabu, 1 Februari 2012

PENGENALAN TENTANG WUDUK:

Firman Allah S.W.T:

`Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali`- (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk   :

Hukum berwuduk adalah:
1.  Wajib
     -Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
2.  Sunat
     -Ketika hendak mandi wajib
     -Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
     -Ketika hendak tidur
     -Ketika marah

Isnin, 12 Disember 2011

Perkara-Perkara Yang Membatalkan Wuduk
1. Keluar sesuatu benda daripada qubul dan dubur
2. Tidur yang tidak tetap punggungnya
3. Hilang akal dengan sebab mabuk atau sakit
4. Bersentuh kulit lelaki dengan kulit perempuan tanpa berlapik
5. Menyentuh kemaluan hadapan manusia sama ada lelaki atau perempuan  
   atau dirinya dengan perut tapak tangan  termasuk perut anak jari maka 
   BATAL wuduknya. Tetapi sekiranya tersentuh dengan belakang tapak tangan 
   hukumnya tidak batal.




Rabu, 7 Disember 2011

RPH

RANCANGAN  PENGAJARAN HARIAN (RPH)  .

Mata pelajaran       :   Pendidikan Islam
Kelas                      :   Prasekolah Bestari
Tarikh                    :   6 Oktober 2011
3Masa                      :   8.45 pagi -9.15 pagi
Bilangan murid      :   25 orang
Bidang pelajaran   :   Berwuduk   (Anggota wuduk)
Tema                      :  Makanan      
Objektif pembelajaran       :   Di akhir pembelajaran  :
1)    Murid dapat menunjukkan anggota wuduk dengan betul.
2)    Murid dapat menyebut anggota wuduk dengan betul.

Standard kandungan          :   P1. 2.2  -  Melakukan wuduk – anggota wuduk.
Standard Pembelajaran    :   P1.2.2.4 
A.    Menguasai isi kandungan
-          Menyebut anggota wuduk dengan betul

B.    Membina kemahiran  berfikir dan strategi berfikir
-          Melakukan wuduk dengan tertib dengan bimbingan

C.   Mengamalkan sikap dan nilai murni.
-          Melibatkan diri secaran aktif dalam melakukan amali wuduk.

Konsep/.prinsip/ hukum       :       Konsep wuduk.
Bahan/peralatan/sumber      :      -    Carta powerpoint
-          kad
-          Gambar/ carta berwuduk

Pengetahuan sedia ada murid:
-          Murid biasa melihat perlakuan berwuduk yang dilakukan oleh orang lain.  Murid jua mungkin biasa mengambil wuduk.
Langkah berjaga –jaga             :       Berhati-hati ketika berwuduk kerana dikhuatiri licin .



















PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.


PENDIDIKAN ISLAM



KELAS     :   PRASEKOLAH

TAJUK     :   IBADAH (BERWUDUK -  CARA BERWUDUK )


                   Mulakan sesuatu dengan Bismillah..

BERWUDUK.


Marilah menyanyi  lagu wuduk.....
tentu seronok sebelum memulakan pengajaran

PENDIDIKAN ISLAM (IBADAH)
KELAS  : PRASEKOLAH


CARA-CARA BERWUDUK DENGAN SEMPURNA.


1.   Membaca Basmalah

2.   Membasuh pergelangan tangan

3.   Berkumur-kumur
4.   Memasukkan air ke dalam hidung.
5.   Membaca niat  berwuduk.
6.   Membasuh keseluruhan muka
7.   Membasuh kedua-dua belah tangan
8.   Membasuh sebahagian kepala
9.   Membasuh telinga
10. Membasuh kedua belah kaki.
     Membaca doa selesai berwuduk. 
** Disunatkan membasuh sebanyak 3 kali berturut-turut. .....



***  Niat berwuduk  :

Ertinya  : Sahaja  aku mengangkat hadas kecil (berwuduk) kerana Allah Taala. 


*** Semasa membasuh muka pada basuhan yang pertama, disertakan dengan bacaan  pengertian    berwuduk ini....

ANGGOTA WUDUK   :

 1. KEPALA 


2.  MUKA


3.  KAKI

4.  TANGAN

DOA SELEPAS BERWUDUK


  LATIHAN PENGUKUHAN