Rabu, 1 Februari 2012

PENGENALAN TENTANG WUDUK:

Firman Allah S.W.T:

`Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali`- (Surah Al-Maa’idah: 6)

Hukum berwuduk   :

Hukum berwuduk adalah:
1.  Wajib
     -Ketika hendak mengerjakan ibadat tertentu yang dimulakan dengan niat.
2.  Sunat
     -Ketika hendak mandi wajib
     -Hendak membaca al Quran, hadis dan buku
     -Ketika hendak tidur
     -Ketika marah