Pelbagai



                             


                                            islam1.gif





Nilai Adab Seorang Rakan
Rakan dianggap lebih istimewa berbanding ahli keluarga sendiri. Rakan yang baik tahu beradab dengan rakannya dan sentiasa memenuhi apa jua keperluan rakannya. Memudahkan urusan rakannya kerana Allah pasti mendapat ganjara pahala dari Allah. Ikhlas hatinya membantu tidak ternilai dengan permata yang beribu ringgit malah kesudian meluangkan masa mendengar masalah juga telah membawa banyak kebaikan. Kepadamu rakan tiada apa yang dapat diucapkan hanyalah berdoa dan menyebut namamu dalam doa selepas tahajjud malam moga hidupmu dilimpahi keberkatan setiap hari..amin.






Adab Masuk ke Rumah Orang

Apakah adab-adab seorang Muslimah apabila berkunjung ke rumah orang lain seperti saudara mara atau jiran tetangga?
Allah SWT menjadikan rumah kediaman sebagai tempat untuk berteduh dan berehat dari segala beban kehidupan ketika mencari rezki di luar rumah. Ketika di dalam rumah, insan berasa aman dan selesa. Sebarang aktiviti bebas dilakukan . Tidak perlu bersusah payah menjaga aurat dan menutupnya setiap ketika. Justuru Islam mengiktiraf sepenuhnya hak kebebasan individu di dalam rumah masing-masing. Tiada seorang pun dibenarkan masuk ke dalam sebuah rumah kediaman seseorang tanpa izin tuannya, pada masa yang sesuai dengan jadual hidupnya.

Antara adab-adab yang perlu dijaga ketika berkunjung ke rumah orang lain ialah:
1) Memberi salam sebanyak tiga kali dan meminta izin untuk masuk. Daripada Qais bin Saad r.a katanya:Rasulullah SAW telah datang menziarahi kami di rumah kami. Baginda memberi salam 'Asalamualaikum wa rahmatullah' Maka Saad menjawab salam itu dengan perlahan. Saya bertanya:'Tidakkah ayah mahu mengizinkan Rasulullah masuk? 'Saad menjawab:'Biarkan baginda memberi salam sebanyaknya kepada kita!Rasulullah mengulangi salam kali kedua, Saad menjawabnya dengan perlahan juga. Rasulullah SAW mengulangi salam kali ketiga, Saad menjawabnya dengan perlahan juga.Kemudian Rasulullah SAW pun beredar . Lalu Saad mengekorinya dan menjelaskannya"Ya Rasullullah, kami dengar Rasullullah beri salam dan kami jawab dengan perlahan kerana kami mahu Rasulullah membanyakkan salam kepada kami.
(Riwayat Abu Daud dan An-Nasai)

Hadis ini menunjukkan selepas memberi salam sebanyak tiga kali , jikalau tiada respon daripada tuan rumah, pengunjung mesti pulang dengan dada yang lapang.

2) Ketika memberi salam di muka pintu, badan janganlah mengadap ke arah pintu.Tujuannya ialah apabila tuan rumah membuka pintu , mata kita tidak nampak terus dan terserempak denga sesuatu yang kita tidak sepatutnya nampak.

3) Jangan mengintai-ngintai  atau meninjau-ninjau ke dalam rumah

4) Memperkenalkan diri kepada tuan rumah dengan menyebut nama.







Bersyukurlah selalu

Indahnya hidup andai selalu bersyukur kerana sesiapa yang bersyukur Allah akan tambahkan lagi rezkinya,tetapi andai ia kufur maka tunggulah azab yang pedih dari Allah..nauzubillah.



MiKRo SaYa



Bantulah Kawan

Apabila kita membantu kawan-kawan pada hari ini pasti suatu hari nanti
kita juga akan dibantu walau bukan dia yang membantu tetapi kawan yang lain juga akan membantu, begitulah
indahnya sifat ikhlas jika kita suka membantu orang lain. Ini kerana jika kita memudahkan kerja kawan kita, Insayaallah kerja kita akan dimudahkan oleh Allah juga..


Keindahan Budi

Keindahan akhlak seseorang terletak pada akal dan fikirannya, jika baik akhlaknya maka baik lah budi bicaranya. Semoga setiap hari kita meningkatkan amalan kita dan terpelihara akhlak jua…amin.



ADAP PADA IBU BAPA

Adab-adab seorang anak tehadap ibu bapa ialah....

1. hendaklah ia mendengar dan mengikuti segala perkataan ibu bapa.
2. hendaklah ia berdiri ketika ibubapanya berdiri kerana menghormatinya.
3. hendaklah ia menjunjung segala perintah kedua2nya.
4. jangan ia berjalan dihadapan keduanya.
5. janganlah ia mengangkat suara lebih tinggi daripada suara keduanya.
6. hendaklah ia memperkenankan panggilan keduanya.
7. hendaklah ia sentiasa menuntut keredhaan keduanya
8. hendaklah ia bersikap tawadhuk kepada keduanya
9. jangan ia menyebut-nyebut jasanya kepada kedua-duanya dan jangan pula ia menyebut sebarang perkhitmatannya bagi keduanya.
10. janganlah ia melihat kepada keduanya dengan pandangan penghinaan.
11. janganlah ia memasamkan mukanya di hadapan keduanya
12. janganlah ia musafir kecuali setelah mendapat izin daripada keduanya.






38 TAHUN HIDUP KU



38 Tahun aku hidup di bumi. 
38 tahun bertambah umur aku.
38 tahun pendek umur ku bertemu mu rabbi
38 tahun hidup penuh dengan memori
38 tahun mengejar cita cita dunia yang berpanjangan.
38 tahun mencari redha ilahi tak berkesudahan.
38 tahun bawah lindungan dan rahmat pertunjuknya.
38 tahun gemilang dengan inayahnya
38 tahun aku menghirup gas oksigen kurniaan ilahi.
38 tahun aku menghembus carbon dioxide kurniaan rabbi.
38 tahun aku makan dengan mulut aku sendiri.
38 tahun aku mengsynthesis makanan dengan enzyme ciptaanya
38 tahun itu
38 tahun ini
38 tahun aku mendekati mati.....
38 tahun kehidupan,  Terima kasih Ya Allah......

PUISI

Salam

Terbaring di padang hijau

Rumput yang umpama permaidani
Lihat pada langit yang membumbung
Burung berkicauan pada matahari yang jauh

Angin bertiup sepoi sepoi bahasa

Meniup memori bicara semalam
Tiupan angin sebagai petanda
Menyegarkan pada kembara yang letih

Bunga - bunga berkembang mulai menggoda

Para kumbang dan lebah yang melata
Bukankah hati sudah berkata
Kembalilah kepada yang Maha Esa

Tunas tunas mula berkembangan

Menghijau pohon dan taman
Pandangan mulai berhadapan
Pada kecantikan alam ciptaan tuhan

Kaki yang melangkah jangan di peduli

Fikiran dan hati haruslah selari
Ikutkan hati akan mati
Fikiran serabut bukan pengakhir

Kembali pada alam

Lihat pada burung yang terbang melayar
Pucuk pucuk yang melambai lambai
Bukan satu pemergian tetapi satu harapan

Terdiam di tepi laluan

Bunyi angin dan kicauan
Sebagai alunan zikir kepada Ilahi
Tanda kebesaran jangan kita hilangkan
Semoga Allah mudahkan perjalanan.



Kekuasaan Allah


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam.
[34 : 15]
Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba', satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu: dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur), yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka): "Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepadaNya; (negeri kamu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur), dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Maha Pengampun!










ADAB-ADAB SALAM
.
1. Disunnahkan tatkala bertemu dua jenis orang di jalan, iaitu orang yang berkenderaan supaya memberi salam kepada yang berjalan kaki, yang sedikit kepada yang ramai dan yang muda kepada yang tua. Bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Hendaklah salam bagi yang berkenderaan kepada pejalan kaki, yang berjalan kaki kepada yang duduk dan yang sedikit kepada yang ramai.” (HR. Muslim).
2. Sayogiyanya orang yang hendak memberikan salam kepada kaum muslimin dengan mengucapkan salam dan bukan dengan ucapan ‘selamat pagi’ atau ‘selamat datang’ ataupun ‘hello’, hendak dia memulainya dengan salam kemudian baru dia boleh menyambutnya dengan sapaan yang diperbolehkan di dalam Islam.
3. Disukai bagi seorang muslim yang akan masuk ke rumahnya, mengucapkan salam terlebih dahulu, kerana sesungguhnya berkah itu turun beserta salam, bersabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika engkau hendak masuk ke rumahmu, hendaklah engkau salam, nescaya berkah akan turun kepadamu dan keluargamu.” (HR Turmudzi). “Dan jika tidak ada seorangpun di dalamnya, maka ucapkan, Assalamu’alainaa ‘ibaadillahish shaalihin.” (HR Muslim).
4. Sayogiyanya mengucapkan salam itu dengan suara yang dapat didengar namun tidak mengganggu orang yang mendengar dan membangunkan orang yang tidur. Dari Miqdad Radhiallahu ‘anhu berkata : “Kami mengangkat untuk Nabi bahagiannya daripada susu, dan beliau tiba saat malam, mengucapkan salam dengan suara yang tidak membangunkan orang yang tidur dan dapat didengar oleh orang yang jaga.” (HR Muslim).
5. Dianjurkan untuk memberikan salam dan mengulanginya lagi jika terpisah daripada saudaranya, walaupun hanya dipisahkan oleh tembok. Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda, “Jika seseorang di antara kalian bertemu dengan saudaranya, hendaklah dia memberinya salam, dan jika terpisah antara keduanya oleh pohon, tembok ataupun batu besar lalu bertemu kembali, hendakla kalian mengucapkan salam lagi kepadanya.” (HR Abu Dawud).
6. Ramai ulama’ memperbolehkan seorang lelaki mengucapkan salam kepada seorang wanita, dan sebaliknya, selama aman daripada fitnah, sebagaimana seorang wanita mengucapkan salam kepada mahramnya, maka wajib juga atasnya untuk menjawab salam daripada mereka. Demikian halnya seorang laki-laki kepada mahramnya wajib atasnya menjawab salam dari mereka. Jika dia seorang ajnabiyah (wanita bukan mahram), maka tidaklah mengapa mengucapkan salam kepadanya ataupun membalas salamnya jika wanita tersebut yang mengucapkan salam, selama aman daripada fitnah, dengan syarat tanpa bersentuhan tangan/jabat tangan dan mendayu-dayukan suara.
7. Daripada hal-hal yang tersebar di kalangan manusia adalah menjadikan salam itu berbentuk isyarat atau memberi tanda dengan tangan. Jika seseorang yang mengucapkan salam itu jauh, maka mengucapkan salam sambil memberikan isyarat tidaklah mengapa, selama dia tidak dapat mendengarmu, kerana isyarat ketika itu menjadi penunjuk salam dan tidak ada pengganti selainnya, juga demikian dalam membalasnya.
8. Dianjurkan bagi orang yang duduk mengucapkan salam ketika dia hendak berdiri di dalam majlisnya. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam, “Jika kalian mendatangi suatu majlis hendaklah memberi salam, dan jika hendak berdiri seyogiyanya juga memberi salam, dan tidaklah yang pertama itu lebih berhak daripada yang terakhir”. (HR. Abu Dawud)
9. Disunnahkan berjabat tangan ketika memberi salam dan memberikan tangannya kepada saudaranya. Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam bersabda : “Tidaklah bertemu dua orang muslim kemudian berjabat tangan kecuali Allah akan mengampuni dosanya sebelum berpisah”. (HR. Abu Dawud dan Turmudzi).
10. Menunjukkan wajah yang ceria, bermanis muka dan tersenyum ketika salam. Sebagaimana sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Senyummu kepada saudaramu itu sedekah”, dan sabdanya pula “Janganlah engkau remehkan suatu kebajikan sedikitpun, walaupun hanya bermanis muka terhadap saudaramu”. (HR. Muslim)
11. Disunnahkan memberi salam kepada anak-anak sebagaimana Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa sallam sentiasa melakukannya, dan yang demikian ini adalah suatu hal yang menggembirakan mereka, menanamkan rasa percaya diri dan menumbuhkan semangat menuntut ilmu di dalam hati mereka.
12. Tidak diperbolehkan memulai salam kepada orang kafir sebagaimana di dalam sabda Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Janganlah mendahului Yahudi dan Nasrani dengan ucapan salam, jika engkau menemui salah seorang daripada mereka di jalan, desaklah hingga mereka menepi dari jalan”. (HR. Muslim) dan bersabda pula Nabi Shalallahu ‘alaihi wa sallam : “Jika ahli kitab memberi salam kepadamu maka jawablah dengan wa’alaikum” (mutafaq alaihi).
Maka hidupkanlah, wahai hamba Allah sunnah yang agung ini di tengah-tengah kaum muslimin agar lebih mempereratkan hati-hati kalian dan menyatukan jiwa-jiwa kalian serta untuk meraih ganjaran dan pahala di sisi Allah. Semoga salam dan shalawat senantiasa tercurahkan atas Nabi, keluarga baginda dan shahabat-shahabat baginda seluruhnya. Amin..


ISU dan IBRAH

Bersabda Rasulullah : “ Semasa aku israk dan naik ke langit yang tinggi, malaikat Jibril telah member kesempatan kepada aku untuk melihat ke dalam semua Syurga Allah. Aku lihat didalamnya terdapat 4 buah sungai yang besar-besar dan airnya bermacam-macam. Ada air susu, air madu, air arak dan air yang tidak masin”.

Aku bertanya kepada Jibril : “Wahai Jibril, dari manakah asalnya sungai-sungai ini dan ke manakah akhirnya? Jibril menjawab “Wahai Rasulullah, aku hanya tahu ia mengalir ke dalam Telaga al-Kausar sahaja dan aku tidak mengetahui dari mana asalnya”

Aku pun memohon petunjuk Allah dan muncullah seorang malaikat dengan member salam. Setelah aku menjawab salamnya, dia menyuruh aku memejamkan mataku. Lalu aku memejamkan mata. Apabila aku membuka mata, aku berada dekat sepohon pokok yang besar dibuat daripada permata yang putih berkilauan manakala pintu-pintunya daripada yakut hijau dan kunci-kuncinya daripada emas.

Aku melihat empat batang sungai sedang mengalir dari bawahnya. Aku mahu kembali tetapi ditahan oleh malaikat dengan bertanya, “Tidakkah engkau ingin melihat didalamnya?” Aku pun bertanya “Bagaimana aku dapat masuk sedangkan pintunya berkunci?Dimanakah kuncinya?”

Jawab malaikat itu, “Kunci didalam tanganmu”. Tanyaku lagi “Dimana?. Jawabnya “ Cukup engkau membaca Bismillahirahmanirrahim”.

Lalu aku pun ucapkan dan pintu terbuka dengan sendirinya dan aku pun masuk ke dalam. Sungguh hebat ciptaan Allah, sungai-sungai itu memancutkan airnya dari empat buah tiang yang besar.

Melihat aku mahu keluar, malaikat bertanya lagi kepadaku “Apakah engkau sudah cukup puas melihat pemandangan ini? Sesungguhnya masih ada yang engkau belum lihat. Cubalah engkau perhatikan sekali lagi dengan baik-baik, dari apakah sungai-sungai itu memancutkan airnya.

Lalu aku pun perhatikan sekali lagi. Alu lihat terdapat kalimah Bismillahirahmanirrahim di antara empat batang tiangnya. Dari huruf mim perkataan Bismillah, keluar air sungai tawar. Dari lubang ha’ perkataan Allah, keluar air sungai susu. Dari lubang huruf mim perkataan ar-rahman, keluar air sungai arak. Dan dari lubang mim dari perkataan ar-rahim, keluar air sungai madu. Dari itu, barang siapa dari umatku membaca Bismillahirahmanirrahim, pasti akan dapat minum air sungai ini di akhirat kelak.


RENUNGAN



           TINGGALKAN 5 PERKARA
.
1.       Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya anda akan tekun dan kusyu’.
2.       Tinggalkanlah perkataan-perkataan yang berlebih-lebihan. Anda akan dapat hikmah dan menjadi orang yang bijaksana.
3.       Tinggalkanlah makan yang berlebih atau melampaui batas, nescaya anda akan cergas dan rajin melakukan ibadah.
4.       Tinggalkanlah melihat keaiban orang lain, nescaya anda akan lebih mengenali diri sendiri.
5.       Tinggalkanlah penyelidikan yang terlampau mendalam tentang zat Allah, nescaya anda akan terhindar dari keraguan dan kemunafikan.



RENUNGAN

NAFAS YANG DISEDUT,
REZEKI DITERIMA,
UMUR DINIKMATI,
KESIHATAN DIANUGERAH,
AKAL DIKURNIAKAN DAN
PERASAAN YANG DIMILIKI,
SEMUANYA DATANG DARIPADA ALLAH.
MANUSIA PERLU BERSYUKUR DAN
MENGGUNAKAN SEBAIK MUNGKIN
SUPAYA TIDAK TERGELINCIR DARIPADA
TALIAN RABBANIAH.